Empangan Timah Tasoh merupakan sebuah empangan yang terletak 17 km ke utara bandar Kangar yang terletak dalam mukim Beseri. Ia boleh dihubungi melalui Jalan Kangar ke Padang Besar dan Jalan Abi ke Padang Besar.Nama empangan Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek ini dimulakan pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992.Sebelum projek empangan ini dijalankan, terdapat perkampungan penduduk di tapak empangan ini dan dipindahkan ke kawasan terdekat. Empangan ini menjadi sumber pendapatan bagi penduduk setempat untuk menjana pendapatan mereka sebagai nelayan. Terdapat juga misteri disebalik empangan ini yang dikatakan berkaitan dengan tanah perkuburan yang tidak dipindahkan sebelum empangan ini dibina. Nelayan-nelayan disitu pernah diganggu ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan sama ada pada waktu malam atau siang. Sisa perkampungan masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang, dimana terdapat sebuah jalan besar yang tenggelam hanya sedalam satu kaki merentasi empangan ini. Kem PLKN dan Kem Kokurikulum yang berada berdekatan sering menggunakan jalan tersebut untuk aktiviti air iaitu kayak, dan latihan air.
No comments:
Post a Comment